July 10, 2009

di kala kamu punyai pilihan

Bila kamu baca entry as banyak pasal kesihatan dan pesanan pesanan as. Itu semua bukan sebab as berada di bidang ini, ia lebih kepada nak bagitahu bahawa kamu punyai pilihan dalam kehidupan untuk dapat kesihatan yang baik.


Ramai di luar sana yang dalam kesakitan dan mereka tak punyai apa-apa pilihan untuk pulih atau kurangkan kesakitan. Sedangkan kamu punyai pilihan sama ada mahu biarkan diri kamu terdedah kepada penyakit atau berusaha mencegah.

Atau sekurang-kurangnya apabila kamu sakit-sakit biasa yang kamu boleh ubati, tapi kamu reluctant untuk ambil ubat. Boleh kot as katakan bahawa kamu tak bersyukur. Sebab kamu boleh ikhtiar untuk pulih, boleh ikhtiar untuk cegah. Tapi kamu pilih untuk sakit, atau sebabkan diri kamu dapat penyakit. Kamu rasa kamu golongan yang bersyukur tak kalau macam tu..?

Heh malam ini macam emosi sedikit. As sentiasa kesakitan dan as hanya punya pilihan untuk bertahan, dan terus bertahan. Langsung tak punya pilihan untuk mengurangkan kesakitan sekurang-kurangnya.

Jadi as mahu kamu sedar akan advantage yang kamu ada. Jadi pilihlah untuk hidup secara sihat. Kerana kamu punyai pilihan.

yes, kerana kamu punya pilihan.

Kalau demam, berusahalah untuk bagi kebah bukan setakat biar je.
Kalau merokok, berhentilah.
Kalau allergic, avoid benda2 yang kamu alahan.
Kalau batuk, jangan minum ais.

Ni antara benda2 yang kamu ada pilihan. Sedarlah. Kerana kamu ada pilihan. Jangan menyesal bila semua pilihan itu, hilang. Gone...

wallahu'alam

Yang tengah emo,
As bOb.

p/s: tengah-tengah emo tadi, tibe2 baca komen diya kat entry bawah ni. Hilang sekejap emo =p
Er link diya takyah letak pun sbb kat mana2 komen pada entry as kamu boleh cari link beliau ;)

July 09, 2009

Sebab as suka gambar

hihi :D
thanks to MJ (bukan Michael Jackson ok!) suh jawab soklan dengan gambar.
my passion, my pleasure. Yeah~! Kamu sume bersabar jelah tengok gambar-gambar best neh :P

1. Age of my next birthday

dah besar ke kanak2 ribena lagi?

2. Place I would like to travel (and to live there! huhu)


3. one of my favourite food, our home made spagetti


4. Favourite place - beaches

credits to you


5. Nickname - As Bob =D


6. Favourite colour
coklat, putih dan hijau


7. College major - Im one of the team member, but Im not a doctor, sekian.

Digital Substraction Angiography - salah satu kerja kena wat. Jangan tertipu, baju biru gelap tu sangatlah beraaat mengandungi plumbum keras. Hadui. Rasa nak tercabut bahu dan pinggang lepas berdiri bersamanya seharian. Heh.

8. Name of my love

guess what? mana leh bitau =p

9. Hobby
As, candid by epah

Ada dua lagi soalan tapi malas da, aci tak? Haha. Penat dowh cari gambar, hope u like it. Yosh~

July 07, 2009

Apa cita-cita terhadap blog kamu?

Pendek cite macam ape hope kamu la kan..
Wow...soalan ini mengancam tapi kena jawab atas permintaan teman.

Aku cuma harap apa yang aku kongsi betul-betul kalian sedikit pun jadilah leh amik jadikan sharing dalam kehidupan kalian. Sekurang-kurangnya ia jadi pahala kebajikan buat aku yang memang kurang pahala kebajikan neh. Heh.

Walaupun ada perkongsiaan yang berbentuk sangatlah berfakta bak kata diya, atau sangat personal, as harap tetap ada kesan buat kamu yang membaca. Selain kadangkala as belek entry lepas kalau nak cari maklumat pape. Huh cari kat blog sendiri jugak kadang-kadang. Dan yang paling mestilah kenangan masa depan kan. Hihi.

Atak kunjungan kamu semua yang tak bosan baca, walaupun atas kesibukan as sampai kadang tak sempat jenguk blog kamu. Tapi kalau as tak komen tak bermakna tak jenguk, gitulah. Sampai rasa sangat dekaaat dengan kamu semua walau ramai yang tak pernah as bersua muka mahupun kenal secara personal. Apatah lagi those silent readers :D

Kalau kalian banyak menulis perihal diir sendiri di blog, teruskanlah sebab selalunya manusia akan belajar daripada kehidupan orang lain sendiri. Cuma kamu kenalah pandai-pandai olah supaya tak jadi terlalu bosan. Nanti seram nak baca :D

Atas kisah gembira, kisah sedih, fakta dan ceritera realiti yang di alih jalan cerita nya, moga kita semua, termasuk as yang menulis ni boleh jadikan panduan dan perkongsian. Yes that's what I wish for.

Last skali thanks kepada si penanya yang minta gambar ini ditampal di sini. Nah terimalah:
Untuk pengetahuan kalian beliau antara sahabat yang as suka dengar kata-katanya bila beliau berbicara, ada pengajaran di sebalik kelucuannya. Hehe.

Nah sekarang as mahu kamu yang di bawah ini pulak jawab soalan itu. "cita-cita anda terhadap blog yang telah anda bina sekarang"

As siyesly mahu dengar pandangan kamu-kamu yang di bawah ini sebab as rasa kamu sume punyai penulisan unik :)


Sila jawab di blog kamu ye. Oh ye ramai lagi yang menulis dengan special dan unik, cuma as tak mahu tanya ramai-ramai orang =) hehe

Chowz~

July 03, 2009

Aku tak fikir

siapa-siapa pun dalam dunia yang akan thought that diorang akan sakit itu ini. Sekurang-kurangnya 95% daripada kita semua berfikir begini.


Sebab tu agaknya jadi ramai yang sakit.

Sebab bila selsema kita fikir, oh ini bukan influenza, demam biasa sahaja. Atau bila makan, kita makna tak ingat dunia setiap hari, sebab kita takkan terfikir kita akan sakit sebab makan. Kita takkan fikir kita akan dapat kencing manis, atau diabetes.

As rasa sebab kita fikir camnilah kita jadi tak sedar diri. Ops, maaf. Sebab tulah kita tak berjaga-jaga, tak beringat sebelum kena. Kita tibai je segala benda yang boleh makan. Kita jugak taknak jaga tempat-tempat yang boleh menyebabkan air bertakung contohnya. Sebab kita tak fikir kita akan kena denggi.

Dunia ni ada baaaanyaaak sangat jenis penyakit. Tendency untuk sakit ada di mana-mana. Bukan bermakna as doakan kita semua dapat sakit. Cuma as fikir kita kena beringat sebelum kena, jangan bila da terhantuk baru nak ingat...

Sebab kat hospital as jumpa ramai orang muda-muda kaki dah nak kena potong sebab kencing manis. Muda tu memang muda lah, tak sampai umur 30 tahun pun lagi. Bukan sorang dua as jumpa, kerap pulak.

As ulang semula, sebab kita manusia biasa, fitrah kita untuk fikir yang kita takkan kena sakit itu ini. Sebab tu kita jadi amik lewa. Makanya, beringatlah kita. Berjaga-jaga lah. Pencegahan itu sentiasa lebih baik dari merawat.

Pakailah tali pinggang keledar walaupun bukan anda jadi driver.
Amik masa 10 minit untuk bersihkan kawasan rumah daripada tempat air bertakung.
Amik masa 3 kali seminggu untuk riadhah.
Makanlah secara sihat.
Memandulah secara berhemah, jangan jadi pembunuh di jalan (ok pesan kat diri sendiri jugak..haha)
Jagalah pemakanan anda dan keluarga.
Berhentilah merokok, jangan bunuh diri dan paling penting jangan jadi pembunuh. (Kerajaan patut haramkan kemasukan rokok ke Malaysia. Isk!)
Selalu perhatikan yang tersayang anda, jika ada tanda-tanda tak sehat segeralah jumpa doktor.
Rajin-rajin lah buat medical chek up.
Setialah pada pasangan anda, jangan sebarkan HIV pada anak-anak.
Jauhi dadah!
Jangan fikir diri sendiri je, nasihat-nasihat lah family jugak.
Jangan ikutkan sangat apa anak-anak anda nak makan.
Jangan pergi awal dan pulang pun awal. (eh itu pesanan untuk pasukan bola sepak negara la!)
Er dan banyak lagi pesanan tak berpenaja. FOC untuk akta keselamatan dalam negara.

Kempen sehat sepanjang hayat.
Kempen TakNak
Kempen cara hidup sehat

Ok sudah merepek. Sesape nak tambah pesanan dari kementerian boleh tambah ye kat komen. Hehe. ;)

July 02, 2009

searching for the strength

sukarnya perjalanan, macam tak ketemu jalan penyelesaian...

air mata jatuh

tap

tap

tap


eh tu bunyi air paip daaa~~
hehe

------------------------------

kawan as sms dan cakap
"i just visited your flickr.."

Dia jugak yang salu visit blog ni for sure. And I said to her,

"Lately, I addicted to flickr more than I addicted to my blog. I always update my flickr but not my blog."

My friend said, "eh okay je nampak balance..."

Oh ye eh?....hmm...

Dalam blogging, kita sume ada macam2 interest, macam2 gaya menulis, macam2 style blog kesukaan, semua tak sama. Itu as fikir adalah special. Menunjukkan kita berbeza, tp sama. Minat pada blogging tapi kita ada view dan kisah masing2. Eh faham ke? Heh.

But something special in flickr lak, each and everyone share the same passion, which is the,

PHOTOGRAPHY

Sume benda adalah seputar photography, means kami bincang benda sama, dia takkan lari jauh..oh cane nak bg kamu faham ye. Tapi gitulah ye :D Dan bila jumpa people with the same passion, we feel attched.

After all camne2 pun, as tetap rasa connected dengan kamu semua. Kita kenal, tapi tak kenal. Faham? Hehe. As tunggu entry dari diya untuk jelaskan pasal ni. Boleh?

;)


Tapi as baru ingat nak suh diya tulis entry pasal ni, but as gi jenguk blog die tika dan saat tapi ini, Diya dah betul2 tulis pasal ni di sini. haha. Ok mantap~

take care all...

The Road had taken

Recent Posts

Widget by Light UpOn Light

  © Blogger template 'Blue Greens' for Light UpOn Light 2008

Back to TOP